Showing posts with label MAKLUMAN. Show all posts
Showing posts with label MAKLUMAN. Show all posts

Monday, December 14, 2009

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER I SESI AKADEMIK 2009-2010

Semua Pelajar Program Prasiswazah

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester I Sesi Akademik
2009-2010 boleh disemak menerusi web di alamat http://www.ukm.my/smpweb
dan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip maklumat berikut:

UKM resultno matrikno ic dan hantar ke 39993

Semakan boleh dibuat mulai 17 Disember 2009. Manakala slip keputusan
peperiksaan rasmi boleh diperolehi di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai
21 Disember 2009.

Sekian, terima kasih.

Friday, December 11, 2009

NOTIS PENUNDAAN KURSUS KEPIMPINAN BAKAL CALON MPP 09/10

Dengan ini dimaklumkan bahawa Kursus Kepimpinan Bakal Calon Majlis
Perwakilan Pelajar UKM Sesi 2009/2010 yang telah dijadualkan pada
18 – 20 Disember 2009 telah DITUNDA ke tarikh berikut :
Tarikh Baru : 1 – 3 Januari 2010
Tempat : Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka

Makluman :
1) Bagi pelajar yang telah mengikuti Kursus Kepimpinan Bakal Calon
MPPUKM Sesi 2008/2009 adalah dikecualikan daripada kursus ini.
2) Tarikh tutup menghantar borang adalah pada 11 Disember 2009 di
Pejabat Am Pusat Perkembangan Pelajar, Aras 5 PUSANIKA, UKM.
3) Sila isikan Borang Pengesahan Kehadiran peserta yang boleh didapati di
PPP bagi membolehkan pihak urus setia membuat tempahan hotel.
4) Sila ambil surat tawaran menyertai kursus tersebut di PPP bermula
21 Disember 2009.
5) Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut Puan Rosma Ayu
Harun di talian 03 8921 5152 atau Email : ayu77@ukm.my
Sekian, terima kasih

Wednesday, November 04, 2009

NOTIS KURSUS KEPIMPINAN BAKAL CALON MPP 09/10

Dengan ini dimaklumkan bahawa Kursus Kepimpinan Bakal Calon Majlis
Perwakilan Pelajar UKM Sesi 2009/2010 akan diadakan seperti butiran
berikut :
Tarikh : 18 – 20 Disember 2009
Tempat : Akan dimaklumkan kemudian

Kursus ini adalah WAJIB kepada mana-mana pelajar UKM yang berminat
dan memenuhi syarat untuk menjadi calon MPP UKM sesi 2009/2010.

Bagi pelajar yang telah mengikuti Kursus Kepimpinan Bakal Calon
MPPUKM Sesi 2008/2009 adalah dikecualikan daripada kursus ini.

Maklumat kursus dan borang penyertaan boleh didapati di Pusat
Perkembangan Pelajar, Aras 5 PUSANIKA, UKM.

Tarikh tutup menghantar borang adalah pada : 11 Disember 2009.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut :
1) Puan Rosma Ayu Harun No Telefon pejabat : 03 8921 5152
Penolong Pendaftar (PPP) Email : ayu77@ukm.my

Sekian, terima kasih

Monday, October 12, 2009

PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2009-2010


Untuk makluman, sebelum pendaftaran awal dibuat, semua pelajar disyaratkan untuk membuat penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester ini mulai 21 Sept 2009.

Tempoh Pendaftaran Awal Kursus pula adalah dari 12 hingga 25 Oktober 2009 melalui laman web http://www.ukm.my/smpweb. Pendaftaran awal diwajibkan kepada semua pelajar Ijazah Pertama KECUALI Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian.

Wang PTPTN dan denda RM15 akan dikenakan sekiranya pelajar gagal membuat pendaftaran awal. Pelajar yang tidak membuat pendaftaran awal hanya dibenarkan mendafatar bermula pada 21 Disember 2009.

Semakan keputusan pemilihan pendaftaran awal kursus boleh dilakukan mulai 16 November 2009. Sekian.

Monday, September 07, 2009

FESTIVAL ILMU '09


Antara program menarik :

Pesta Buku dan Jualan

Perasmian Festival Ilmu '09

Forum Ramadhan

Tajuk:
Ramadhan: Hadirmu Dinanti, Pergimu Ditangisi
Panel:
Saudara Hafiz bin Razak (Moderater)
Ustaz Farhan Abdullah Al-Hafiz
Ustaz Riduan Mohd Nor

Bengkel Keusahawanan dan Kerjaya

Motivasi Kepimpinan dan Sahsiah Diri
Motivator: En. Amin bin Idris

SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Monday, August 10, 2009

KUNJUNGI JUALAN BUKU DEWAN BAHASA & PUSTAKA



Jemput datang beramai-ramai ke Pusanika, UKM untuk membeli pelbagai buku terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sempena dengan Kempen Membaca anjuran MPP Mahasiswa, semua mahasiswa/i digalakkan untuk membeli sekurang-kurangnya sebuah buku.

Diskaun sehingga 70% turut ditawarkan.

Jangan lepaskan peluang ini !

Tuesday, August 04, 2009

TAWARAN PTPTN KELOMPOK 2

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi Semester I Sesi 2009/2010 (Kelompok ke II),boleh menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian pada :

UKM KL DAN PPUKM
Tarikh : 11 dan 12 Ogos 2009
Masa : 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : Tingkat 1 Blok E (TIBE) UKM KL

UKM Bangi

Tarikh : 14,15 dan 16 Ogos 2009
Masa : 8.30 Pagi – 5.30 Petang
Tempat : Auditorium Siswa JPPel, Bangunan Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sehubungan dengan itu pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil-sijil perlu disahkan untuk mengelak sebarang kesulitan. Sebarang pertanyaan sila telefon atau hubungi Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM) 03-89215316

Friday, July 24, 2009

Hari Bersama Pelanggan Pusat Teknologi Maklumat

Semua warga UKM dijemput beramai-ramai hadir dan memeriahkan suasana.

Tarikh : 27 Julai 2009
Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
Tempat : Dataran Canselori, UKM

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Semua dijemput hadir.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat Teknologi Maklumat UKM di talian: 03-89216686
Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web http://www.ukm.my/ptm.

Friday, July 17, 2009

Pertandingan Mengarang Esei Peringkat Kebangsaan Sempena Tahun Astronomi Antarabangsa (IYA2009)

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama DBP akan menganjurkan Pertandingan mengarang esei bertemakan "Sumbangan Astronomi Kepada Masyarakat" Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web berikut :

a) Laman web ANGKASA - www.angkasa.gov.my
b) Laman web Malaysia IYA2009 - www.astronomy2009.gov.my
c) Laman web DBP - www.dbp.gov.my

Tarikh tutup pertandingan pada 30 SEPTEMBER 2009

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi ZAHIRA MOHD RADZI di talian 03-8888 8668 sambungan 172 atau email - zahira@angkasa.gov.my

Monday, July 13, 2009

PERINGATAN!

Sunday, July 12, 2009

PENYERAHAN BORANG PTPTN

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman
Pendidikan PTPTN bagi Semester l Sesi 2009/2010, pelajar UKM boleh menghantar
Surat Tawaran dan Dokmen Perjanjian pada:

UKM Bangi
Tarikh : 17, 18 dan 19 Julai 2009
Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat : Oditorium Siswa Tingkat 1 Bangunan Pusanika
JPPel, UKM Bangi

UKM Kampus Kuala Lumpur dan PPUKM
Tarikh : 22 dan 23 Julai 2009
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran (TIBE)
UKM Kampus Kuala Lumpur

Sehubungan dengan itu pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan
salinan sijil-sijil perlu disahkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Wednesday, June 17, 2009

Pencalonan Anugerah Persatuan/Projek/ Mahasiswa Terbilang 2008

Sukacita dimaklumkan bahawa pencalonan bagi anugerah persatuan/projek/mahasiswa terbilang bagi tahun 2008 telah dibuka.

Antara anugerah yang dipertandingkan adalah :
1) Anugerah Persatuan/Kelab Mahasiswa Cemerlang
2) Anugerah urusetia HEPA Cemerlang
3) Anugerah Projek Mahasiswa Cemerlang4) Anugerah Bakti Terbilang (Prasiswazah)
5) Anugerah Bakti Terbilang (Siswazah)

* Sila ambil borang di Pusat Perkembangan Pelajar, UKM
* Tarikh tutup permohonan pada 10 Julai 2008
* sebarang pertanyaan sila hubungi talian 8921 5152/5097 atau email: ayu77@ukm.my.

Friday, May 15, 2009

JOM SERTAI BENGKEL MULTIMEDIA


"BERSAMA MEMBASMI BUTA IT"

Forum Wadi Ilmu : "One Malaysia - Antara Realiti & Retorik "


Sebarang Maklumat berkaitan program ini bolehlah hubungi:
Ust Jameeer ( 012-6370023) & Prof Madya Dr Tajul Ariffin ( 0193164151)

Semua dijemput hadir...

Sunday, May 03, 2009

KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 (K3G) pada 15 hingga 17 Mei 2009 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Penganjuran K3G adalah salah satu usaha Kementerian dalam membantu meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan yang dihasilkan oleh Institusi Pengajian Tinggi di negara ini melalui mekanisme pasaran pekerjaan. Platform seperti ini dapat membantu graduan IPT mencari pekerjaan di samping memberi pendedahan kepada bakal graduan berkaitan hala tuju mereka selepas bergelar graduan kelak. Inisiatif ini juga dilihat mampu mengatasi kadar pengangguran yang semakin meningkat berikutan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

Sejumlah 600 buah booth akan dibuka dan pelbagai aktiviti disediakan termasuk pameran, temuduga terbuka, ceramah kerjaya, ceramah keusahawanan dan klinik kerjaya. Tujuan utama karnival ini adalah untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan daripada organisasi/syarikat yang menyertai karnival ini. Untuk makluman, lebih daripada 10,000 pekerjaan akan ditawarkan semasa karnival tersebut berlangsung.

Semua graduan/pelajar hendaklah berpakaian rasmi/formal bagi mengikuti temuduga yang akan dijalankan di karnival itu nanti. Bakal-bakal guru Fakulti Pendidikan UKM sangat dialu-alukan untuk menghadiri K3G kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi. Sekian, harap maklum.

Tuesday, April 14, 2009

Jom Meriahkan Pesta Buku!



Friday, April 10, 2009

TAKLIMAT PRA-PRAKTIKUM & PRAKTIKUM 2009

TAKLIMAT PRA-PRAKTIKUM

Perhatian kepada semua pelajar yang akan menjalani Pra-Praktikum, taklimat akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 April 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Budiman

Para pelajar diwajibkan hadir. Sila bawa RM20 semasa mengambil bahan Pra-Praktikum.

Jadual Pengambilan Bahan Pra-Praktikum :
2.30-3.45 ptg (16 April 2009)
Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.

3.45-4.45 ptg (16 April 2009)
Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.


TAKLIMAT PRAKTIKUM


Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat Praktikum akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 16 April 2009
Tempat : Dewan Budiman
Masa :
9.45 pagi-Pend. Islam, Pend. Al-Quran, Pend. Sains
11.00 pagi-Pend. Khas, Pend. Sukan, TESL

Anda diwajibkan hadir dan bawa RM40 untuk bayaran bahan Praktikum. Mohon kerjasama semua untuk menepati masa. Sekian, harap maklum.

Sunday, April 05, 2009

PINDAAN TARIKH SEM 3 SESI 2008-2009

Makluman kepada semua mahasiswa/i yang mendaftar untuk pengajian semester 3. Pindaan adalah seperti berikut:

Perkuliahan : 11 Mei - 28 Jun 2009 PINDA kepada 11 Mei - 21 Jun 2009 (6 Minggu)
Peperiksaan : 29 Jun - 3 Julai 2009 PINDA kepada 22 Jun - 26 Jun 2009 (1 Minggu)

Moga anda semua dapat mengambil perhatian terhadap perkara ini.Sekian.


Thursday, March 26, 2009

PERINGATAN!!!

Semua pelajar Program Ijazah Pertama dikehendaki membuat pendaftaran & penilaian seperti maklumat berikut :

Pendaftaran Awal Kursus Sem 1/2009-2010 : 30 Mac – 12 April 2009
Penilaian Pengajaran Kursus Sem 2/2008-2009 : 23 Mac - 12 April 2009
Laman Web Pendaftaran : http://www.ukm.my/smpweb
Laman Web Penilaian : http://www.ukm.my/sppk

Kegagalan membuat penilaian pengajaran kursus akan menyebabkan anda tidak dibenarkan membuat pendaftaran awal dan seterusnya PTPTN anda bagi Sem 1/2009-2010 akan disekat.

Selain itu, anda juga akan dikenakan denda sebanyak RM15.00 sebagai denda lewat mendaftar kursus dan hanya dibenarkan membuat Pendaftaran Kursus Sem 1/2009-2010 pada 6 Julai 2009.

GAMBAR BAKAL GRADUAN BAGI SISTEM KAD PINTAR MAJLIS KONVOKESYEN 2009

Peringatan kepada semua mahasiswa/i prasiswazah tahun akhir yang bakal bergraduat pada tahun 2009, anda diminta menghantar gambar masing-masing melalui email ke alamat graduan2009@ukm.my bermula pada 22 Januari dan akan tamat pada 30 Jun 2009.

Ciri-ciri gambar adalah seperti berikut:
1) Gambar berukuran 158 px@5.57 cm X 121 px@4.27 cm
2) Namakan gambar tersebut dengan No. Matrik (cth: A116422.jpg)
3) Format gambar jpg
4) Tajuk Emel : Gambar Bakal Graduan (No. Matrik Pelajar)
cth: Gambar Bakal Graduan (A116422)
5) Gambar Warna

Saudara/i juga diminta mengisi borang maklumat diri yang terkini di Bahagian Pengurusan Akademik dan menyerahkan selewat-lewatnya 17 April 2009. Borang tersebut boleh didapati di Bahagian Pengurusan Akademik.

Kerjasama saudara/i amat diharapkan supaya Majlis Konvokesyen pada kali ini akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.


 

.: Suara MPP FPend Sesi 2009/2010 :. Copyright © 2009