Showing posts with label BANTUAN KEWANGAN. Show all posts
Showing posts with label BANTUAN KEWANGAN. Show all posts

Wednesday, November 25, 2009

PTPTN SEDIA E-FORUM BANTU SELESAI MASALAH

Saluran e-forum Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) akan memberi ruang kepada peminjam untuk mengajukan
sebarang masalah atau pertanyaan dengan tepat, cepat dan mudah.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kewujudan saluran itu dapat membantu orang ramai menyelesaikan segala kemusykilan mereka dengan bantuan kakitangan daripada jabatan itu yang akan mengemas kini saluran
berkenaan pada kadar segera.

"Kalau sebelum ini jika ada sebarang pertanyaan mengenai PTPTN, orang ramai terpaksa menyuarakan melalui akhbar dan kadang-kala ada di antara pertanyaan itu tidak berjawab, mungkin kerana ada kakitangan yang terlepas pandang atau soalan itu sudah sering ditanya.

"Dengan adanya saluran ini, masalah seumpama itu tidak akan berlaku lagi kerana akan ada ruangan untuk soalan yang sering dipersoalkan untuk mengelakkan soalan berulang dan kakitangan kami juga akan menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan seberapa pantas yang boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Beliau sebelum itu turut melancarkan saluran e-forum PTPTN yang diwujudkan melalui laman web kementerian.

"Saya sebagai menteri juga akan sentiasa memantau saluran ini untuk memastikan ia menepati matlamat dan sasaran yang ditetapkan," katanya.

Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau berkata PTPTN telah menyediakan moderator yang terlatih, berpengetahuan dan berpengalaman untuk membantu menyelesaikan semua persoalan yang dibangkitkan secara spontan.

Interaksi secara langsung ini, katanya, diharapkan mampu mengubah persepsi masyarakat bahawa kerajaan mampu untuk memberikan perkhidmatan yang responsif, cepat, telus dan secara langsung.

"Forum melalui laman web ini diharap dapat memberi peluang kepada umum untuk berbahas atau menjadi pentas mengemukakan pendapat mengenai isu-isu permohonan pinjaman, pembayaran balik pinjaman, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan isu berkaitan pembayaran balik PTPTN secara interaktif," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Eksekutif PTPTN Yunos Abd Ghani berkata pihaknya memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk menangani kes peminjam yang telah disenaraihitamkan kerana tidak membayar pinjaman.

"Biasanya kita perlukan masa selama seminggu untuk lepaskan mereka daripada disenaraihitamkan, tapi kalau mereka memerlukan masa yang lebih singkat kerana ada urusan penting di luar negara dan sebagainya, mereka boleh hubungi kami untuk memberikan cadangan atau berbincang mengenai bentuk bayaran yang mereka ingin lakukan.

"Apa yang penting, pinjaman itu perlu dibayar semula sama ada secara ansuran, potongan gaji dan sebagainya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Putrajaya. BERNAMA

Tuesday, July 14, 2009

IKLAN BANTUAN ZAKAT SESI 1 2009/2010

Syarat-syarat permohonan:-
i. Pemohon mestilah beragama ISLAM
ii. Pemohon adalah Pelajar UKM Sepenuh Masa
iii. Pemohon hanya dibenarkan memohon sekali setiap SEMESTER

Dokumen wajib yang perlu disertakan:-
i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Kad Matrik Pelajar
iii. Salinan Surat Penyata Pendapatan (Ibu dan Bapa atau Penjaga)
a) Penyata Gaji (Ibu dan Bapa atau Penjaga) ATAU
b) Penyata Pencen (Ibu dan Bapa atau Penjaga) ATAU
c) Surat Pengesahan Pendapatan (Ibu dan Bapa atau Penjaga) yang disahkan oleh Penghulu
atau Ketua Kampung (Jika Tiada Slip Gaji atau Penyata Pencen)
iv. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini
v. Penyata Hutang Yuran Pelajar
(Tidak perlu bagi Pelajar yang mempunyai tajaan atau pinjaman)
vi. Salinan kad memeluk Islam (bagi saudara baru – kurang dari tempoh 5 tahun)
vii. Salinan laporan Doktor (jika memohon bantuan perubatan)
viii. Salinan laporan Polis (jika memohon bantuan musibah)
ix. Salinan Sijil Kematian (jika berkenaan)
x. Salinan Sijil Cerai (jika berkenaan)

Nota Penting:-
i. Kesemua dokumen hendaklah disahkan terlebih dahulu
ii. Bantuan zakat (yuran) hanya ditawarkan kepada pelajar yang tidak mempunyai tajaan
atau pinjaman.
iii. Borang boleh didapati di laman web http://pkukmweb.ukm.my/~bendahari/borang.html#kew

Sunday, May 10, 2009

TEMUDUGA KPM


Tarikh : 11 Mei 2009 (Isnin)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Unit Kaunseling, JPPel Paras 3, Bangunan Pusanika

"SELAMAT MENGHADAPI TEMUDUGA"

Tuesday, April 14, 2009

PERMOHONAN PERLANJUTAN PTPTN BAGI SEM 1 SESI 2009/2010

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar yang ingin memohon Perlanjutan Pinjaman Pendidikan PTPTN pada Semester I dan Semester II 2009/2010, dikehendaki mengisi borang permohonan pada Semester II 2008/2009 ini untuk mengelak kelewatan keputusan yang diterima oleh pelajar serta kesulitan yang bakal dihadapi nanti.

Sehubungan dengan itu, pelajar hendaklah membuat persediaan awal dengan mengisi Borang Permohonan dan hantar ke Unit Kebajikan Pelajar, JPPel. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-89215316 (Puan Wan Roshana Wan Embong, UKM). Sekian untuk makluman.

Friday, April 10, 2009

TEMUDUGA BAGI CALON BIASISWA KPM AMBILAN 08/09

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan tarikh temuduga bagi calon-calon Biasiswa Persekutuan Program Ijazah Pertama. Keputusan bagi ujian INSAK akan diumumkan secara online di laman web KPM sedikit masa lagi.

Sehubungan dengan itu, kepada calon-calon yang telah menduduki ujian INSAK di IPTA diharap tidak terlepas tarikh temuduga yang telah ditetapkan.

Tarikh : 11 Mei 2009 (Isnin)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Unit Kaunseling, JPPel Paras 3, Bangunan Pusanika UKM Bangi

Sila bawa bersama sijil-sijil asal dan dokumen yang perlu semasa menghadiri temuduga dan berpakaian kemas. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-89215316-Puan Wan Roshana Wan Embong (UKM)

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT

Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Bantuan Zakat kepada pelajar yang terlibat dengan latihan praktikal/industri bagi sesi 2009 Mei – Jun telah dibuka. Permohonan ini juga terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian semasa cuti semester (Semester 3 sesi 2009). Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 April 2009.

Antara syarat-syarat permohonan:-
I. Pemohon mestilah beragama ISLAM
II. Pemohon adalah Warga Universiti Kebangsaan Malaysia
III. Pemohon hanya dibenarkan sekali setiap SEMESTER
IV. Hanya pemohon yang tidak menerima elaun atau tajaan dari mana-mana intitusi sahaja yang
akan dipertimbangkan

Dokumen wajib yang perlu disertakan:-
I. Salinan Kad Pengenalan
II. Salinan Kad Matrik Pelajar
III. Salinan Surat Penyata Pendapatan Keluarga
a) Penyata Gaji Keluarga ATAU
b) Penyata Pencen Keluarga ATAU
c) Surat Pengesahan Pendapatan (Jika Tiada Slip Gaji atau Penyata Pencen) ATAU
d) Surat Rasmi Yang Disokong atau Disahkan oleh Dekan atau Pengetua Kolej Berkenaan
Pendapatan Sebenar Keluarga.
IV. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini
V. Penyata Hutang Yuran Pelajar
(Tidak perlu bagi Pelajar yang terlibat dengan latihan praktikal/industri)
VI. Salinan Surat Tawaran Oleh Syarikat/Majikan
(Wajib bagi Pelajar Yang Mengikuti Latihan Praktikal/Industri)
VII. Salinan Pendaftaran Pengajian Semester 3 sesi 2009
(Wajib bagi pelajar yang mengikuti pengajian semasa cuti semester)

Kemukakan permohonan anda secepat mungkin. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Sekian untuk makluman.

Sunday, April 05, 2009

Senarai Penerima Agihan Zakat UKM Bulan Februari 2009

Adalah dimaklumkan Permohonan Bantuan Zakat kepada pelajar yang membuat permohonan pada bulan Februari 2009 telah diluluskan oleh Jawatankuasa Agihan Zakat UKM.

Sila klik untuk Senarai Penerima Bantuan Zakat UKM (Permohonan 22 Januari - 20 Februari 2009).Sekian,

Friday, March 20, 2009

SELAMAT MENJAWAB!!!

Kepada semua mahasiswa/i yang terpilih untuk menjalani ujian INSAK bagi Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia, kami mengucapkan "SELAMAT MENJAWAB & SEMOGA BERJAYA".

Untuk peringatan :

Tarikh : 21 Mac 2009 (esok)
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Bilik ODT Siswa, JPPel

Bawa alat tulis masing-masing dan jawab semua soalan yang diberikan. Semoga anda semua lulus ujian tersebut dan layak untuk menjalani temuduga pada peringkat yang seterusnya.

Tuesday, March 03, 2009

UJIAN INSAK (KPM)

Kepada pemohon biasiswa Kementerian Pelajar Malaysia sesi 2008-2009, anda boleh membuat semakan secara online bermula pada 2 Mac 2009 di alamat www.moe.gov.my Calon-calon yang tersenarai dikehendaki untuk menduduki ujian insak yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Mac 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik ODT Siswa, JPPel

Pelajar hendaklah membawa alat tulis masing-masing. Kerjasama anda semua amat diperlukan untuk memastikan kelancaran ujian tersebut.


 

.: Suara MPP FPend Sesi 2009/2010 :. Copyright © 2009