Sunday, March 14, 2010
Tinta MPP
Wednesday, January 06, 2010
Kenyataan GMUKM-Isu Kalimah ALLAH
1. GMUKM amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
2. Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.
3. GMUKM ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
4. Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini. Peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud:
Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.
5. GMUKM dengan tegasnya menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
6 . GMUKM mencadangkan agar pihak-pihak berwajib (JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan, Persatuan Mahasiswa Islam, GAMIS, badan-badan NGO, etc) :
- Meneruskan dialog bersifat intelektual bersama golongan bukan Islam supaya penggunaan kalimah Allah ini dapat diperjelaskan.
- Memperjelaskan mengenai kemurnian dan keindahan agama Islam mengikut perundangan dan sejarah Islam itu sediri.
- Untuk umat Islam pula, penjelasan yang lebih dalam akan disampaikan menerusi medium sedia ada seperti khutbah Jumaat dan forum Islam untuk menjaga keharmonian yang sedia terbentuk selama ini
- Memperluaskan ruang lingkup dakwah dan jangan persempitkan. Mantapkan gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.
Cadangan rujukan - http://drmaza.com/home/?p=566
Thursday, December 31, 2009
FORUM BANTAH E-VOTING
Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) akan menganjurkan satu forum khas bersempena kempen untuk memansuhkan sistem pengundian secara elektronik (E-Voting) di semua IPT.
Berikut adalah maklumat program:
Tajuk : 'E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus'
Tarikh : 1 Januari 2010
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Dewan Utama Akademi Pengajian Islam, UM.
Ahli panel:
1. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, Pensyarah Undang-Undang UIA
2. Dr. Chiew Thiam Kian, Pensyaraah Jabatan Kejuruteraan
Perisian Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UM
3. Chang Lih Kang (Bekas aktivis mahasiswa )
Tuesday, December 29, 2009
MPP SETUJU PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN IPT
Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Hal ehwal Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, kita perlu merombak semula sistem pendidikan IPT yang hari ini dilihat terlalu memberi tumpuan pada peperiksaan semata-mata.
"Kita tidak mahu melahirkan siswazah 'ulat buku' serta 'robot' sebaliknya seseorang yang memiliki sahsiah diri yang berkualiti, mampu menjadi pemimpin yang berfikiran kreatif dan kritis", tambahnya lagi.
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr. Nik Mustapa Raja Abdullah pula berkata, setiap pelajar perlu dibimbing dan dibantu dengan cara yang betul agar bakat-bakat terpendam mereka dapat dicungkil.
"Justeru, pihak IPT perlu mendapatkan mandat daripada kerajaan dalam menyediakan sistem pendidikan yang seimbang antara kedua-duanya."ulasnya.
MPP Fakulti Pendidikan, Muhamad Faiz Ismail yang dihubungi semalam turut menyatakan persetujuan terhadap hasrat tersebut.
"Kita perlu kembali merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejauh mana sistem yang tersedia pada waktu ini memenuhi syarat bagi melahirkan modal insan yang seimbang.Mahasiswa seimbang tidak seharusnya dinilai hanya berdasarkan PNGK yang diperolehi, tetapi juga sahsiah dan kemahiran insaniah yang dimiliki"katanya.
Tambahnya, pendidikan tidak sewajarnya hanya tertumpu pada usaha mencapai keputusan akademik terbaik, sehingga proses pembentukan akhlak masyarakat terpelajar diabaikan. Kita tidak mahu mahasiswa hanya hebat di 'gelanggang peperiksaan' tetapi gagal menyerlahkan peribadi positif dalam kehidupan bermsyarakat.
"UKM dilihat sedang mengorak langkah memperkasakan ko-kurikulum dan ia dilihat sebagai suatu usaha yang baik. Namun, masih terdapat aspek yang perlu dikaji semula untuk penambahbaikan." ujarnya.
Sunday, December 20, 2009
SALAM INTELEKTUAL!
MPP Fakulti Pendidikan mengucapkan 'SALAM INTELEKTUAL' buat seluruh mahasiswa UKM yang bakal meneruskan pengajian bagi semester 2 sesi 2009-2010 bermula esok. Semoga semester baru ini membuka ruang kepada kita untuk terus menyuburkan budaya intelektual.
Selain itu, tahniah diucapkan kepada mahasiswa/i yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang pada semester lepas. Mudah-mudahan ianya mampu menyuntik semangat kepada kita untuk terus berjaya pada masa akan datang. Proses membentuk keperibadian cemerlang juga harus diberi tumpuan demi melahirkan insan seimbang yang mampu memimpin masyarakat menjadi ummah yang gemilang.
Thursday, December 17, 2009
SALAM MAAL HIJRAH 1431H
Doa Akhir Tahun (Dibaca selepas asar)
Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun (Dibaca selepas maghrib)
Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Tuesday, December 15, 2009
Insentif Bagi Guru Sarjana dan Phd
Mujahid turut meminta kerajaan meletakkan satu tangga gaji kepada guru-guru yang mempunyai Sarjana dan Phd di setiap sekolah selain menetapkan bilangan guru yang mempunyai kelulusan berkenaan di setiap sekolah. Cadangan tersebut turut disokong oleh Datuk Ismail Mutalib, ahli parlimen Maran yang menyatakan bahawa guru-guru ketinggalan dari segi kenaikan pangkat. Beliau turut meminta kerajaan agar memberi kenaikan gaji kepada guru sama seperti pegawai kerajaan yang lain.
Mohd Faez Mat Zin, MPP Umum Thn 3/4 yang juga mahasiswa Fakulti Pendidikan apabila ditemui menyambut baik cadangan tersebut. "Kepakaran yang dimiliki oleh guru Sarjana dan Phd sememangnya mampu menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan di sekolah. Justeru, cadangan pemberian insentif tersebut adalah wajar bagi meningkatkan motivasi guru lain untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi" katanya.
Beliau juga berkata, kelayakan yang lebih tinggi membolehkan guru mengisi ruang sebagai tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru atau Institusi Pengajian Tinggi yang lain. Ini kerana ilmu berkaitan pendidikan seperti pedagogi dan psikologi merupakan kelebihan bagi guru jika bergelar pensyarah dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Monday, December 14, 2009
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER I SESI AKADEMIK 2009-2010
Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester I Sesi Akademik
2009-2010 boleh disemak menerusi web di alamat http://www.ukm.my/smpweb
dan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip maklumat berikut:
UKM
Semakan boleh dibuat mulai 17 Disember 2009. Manakala slip keputusan
peperiksaan rasmi boleh diperolehi di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai
21 Disember 2009.
Sekian, terima kasih.
Friday, December 11, 2009
NOTIS PENUNDAAN KURSUS KEPIMPINAN BAKAL CALON MPP 09/10
Perwakilan Pelajar UKM Sesi 2009/2010 yang telah dijadualkan pada
18 – 20 Disember 2009 telah DITUNDA ke tarikh berikut :
Tarikh Baru : 1 – 3 Januari 2010
Tempat : Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka
Makluman :
1) Bagi pelajar yang telah mengikuti Kursus Kepimpinan Bakal Calon
MPPUKM Sesi 2008/2009 adalah dikecualikan daripada kursus ini.
2) Tarikh tutup menghantar borang adalah pada 11 Disember 2009 di
Pejabat Am Pusat Perkembangan Pelajar, Aras 5 PUSANIKA, UKM.
3) Sila isikan Borang Pengesahan Kehadiran peserta yang boleh didapati di
PPP bagi membolehkan pihak urus setia membuat tempahan hotel.
4) Sila ambil surat tawaran menyertai kursus tersebut di PPP bermula
21 Disember 2009.
5) Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut Puan Rosma Ayu
Harun di talian 03 8921 5152 atau Email : ayu77@ukm.my
Sekian, terima kasih
Wednesday, November 25, 2009
PTPTN SEDIA E-FORUM BANTU SELESAI MASALAH
sebarang masalah atau pertanyaan dengan tepat, cepat dan mudah.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kewujudan saluran itu dapat membantu orang ramai menyelesaikan segala kemusykilan mereka dengan bantuan kakitangan daripada jabatan itu yang akan mengemas kini saluran
berkenaan pada kadar segera.
"Kalau sebelum ini jika ada sebarang pertanyaan mengenai PTPTN, orang ramai terpaksa menyuarakan melalui akhbar dan kadang-kala ada di antara pertanyaan itu tidak berjawab, mungkin kerana ada kakitangan yang terlepas pandang atau soalan itu sudah sering ditanya.
"Dengan adanya saluran ini, masalah seumpama itu tidak akan berlaku lagi kerana akan ada ruangan untuk soalan yang sering dipersoalkan untuk mengelakkan soalan berulang dan kakitangan kami juga akan menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan seberapa pantas yang boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi kementeriannya di Putrajaya hari ini.
Beliau sebelum itu turut melancarkan saluran e-forum PTPTN yang diwujudkan melalui laman web kementerian.
"Saya sebagai menteri juga akan sentiasa memantau saluran ini untuk memastikan ia menepati matlamat dan sasaran yang ditetapkan," katanya.
Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau berkata PTPTN telah menyediakan moderator yang terlatih, berpengetahuan dan berpengalaman untuk membantu menyelesaikan semua persoalan yang dibangkitkan secara spontan.
Interaksi secara langsung ini, katanya, diharapkan mampu mengubah persepsi masyarakat bahawa kerajaan mampu untuk memberikan perkhidmatan yang responsif, cepat, telus dan secara langsung.
"Forum melalui laman web ini diharap dapat memberi peluang kepada umum untuk berbahas atau menjadi pentas mengemukakan pendapat mengenai isu-isu permohonan pinjaman, pembayaran balik pinjaman, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan isu berkaitan pembayaran balik PTPTN secara interaktif," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ketua Eksekutif PTPTN Yunos Abd Ghani berkata pihaknya memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk menangani kes peminjam yang telah disenaraihitamkan kerana tidak membayar pinjaman.
"Biasanya kita perlukan masa selama seminggu untuk lepaskan mereka daripada disenaraihitamkan, tapi kalau mereka memerlukan masa yang lebih singkat kerana ada urusan penting di luar negara dan sebagainya, mereka boleh hubungi kami untuk memberikan cadangan atau berbincang mengenai bentuk bayaran yang mereka ingin lakukan.
"Apa yang penting, pinjaman itu perlu dibayar semula sama ada secara ansuran, potongan gaji dan sebagainya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Putrajaya. BERNAMA