Putrajaya, 3 Jun – MPP Fakulti Pendidikan telah mengadakan pertemuan secara tertutup dengan Timbalan Menteri Pelajaran, Y.B. Dr. Hj. Mohd Puad B. Zarkashi di pejabatnya hari ini. Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan isu pendidikan negara. Antaranya ialah isu pengehadan maksimum 10 subjek bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Tidak dapat tidak, kajian terperinci dan menyeluruh perlu dibuat untuk menjamin keputusan yang adil untuk semua. Pelajar, guru, ibu bapa, NGO dan pihak yang terlibat perlu diberi ruang untuk bersuara," tambahnya lagi.
Beliau juga menyarankan agar kebimbangan pelajar sekolah agama yang mengambil aliran sains & agama juga wajar diambil kira. Pihak kementerian juga diharap agar tidak terburu-buru membuat keputusan sebelum hasil kajian dikemukakan kepada umum.

Bagaimanapun, isu pendidikan bukan isu biasa, kerana ianya melibatkan proses melahirkan golongan terpelajar. Kegagalan mewujudkan sistem pendidikan yang benar-benar sepadu bakal meranapkan usaha mewujudkan generasi muda yang seimbang.
0 comments: