
“Saya nasihatkan kerajaan supaya tidak terlalu ghairah untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris. Jangan terus-menerus tambah beban. Cadangan ini tidak wajar diteruskan selagi kerajaan tidak mengumumkan keputusan kajian menyeluruh PPSMI,”ujarnya.
Mengulas lanjut, Faiz berkata tindakan melulu tanpa kajian yang mendalam bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pelajar, malah menambah tekanan kepada guru. Pelajar seolah-oleh dianggap sebagai bahan eksperimen dan hasilnya ramai pelajar yang kurang minat untuk meneruskan pembelajaran khususnya pelajar yang lemah dan berada di kawasan luar bandar.

“Banyak perkara yang perlu dilakukan dan ianya mengambil masa. Jadi, sistem yang diperkenalkan perlu bersifat adil dan tidak mengabaikan pelajar lemah kerana mereka juga mempunyai potensi.”katanya.
0 comments: