TAHNIAH ATAS PELANTIKAN!
Seremban, 26 Mei-Hari ini memberi makna yang cukup besar buat seluruh warga UKM setelah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menerima watikah pelantikan sebagai Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia yang ketiga berkuatkuasa selama 5 tahun bermula 16 April lalu. Watikah tersebut telah disampaikan oleh Naib Canselor UKM, Profesor Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin di Istana Hinggap, Seremban.
Justeru, MPP Fakulti Pendidikan mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan tersebut. Pelantikan tersebut sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh warga UKM sejak ianya kosong kerana kemangkatan Canselor Kedua iaitu Tuanku Ja'far Tuanku Abdul Rahman pada 27 Disember 2008.
Semoga usaha ke arah memartabatkan Universiti Kebangsaan Malaysia dapat diteruskan mengikut acuan yang telah dibentuk selari dengan falsafah, visi dan misi UKM. Selain itu, diharapkan agar kehadiran Tuanku Muhriz dalam kelompok pemacu universiti mampu meniupkan semangat kepada seluruh warga UKM khususnya mahasiswa/i supaya lebih gigih berusaha dan berganding bahu untuk mencapai matlamat yang telah digariskan.

0 comments: