Sunday, May 03, 2009

KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 (K3G) pada 15 hingga 17 Mei 2009 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Penganjuran K3G adalah salah satu usaha Kementerian dalam membantu meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan yang dihasilkan oleh Institusi Pengajian Tinggi di negara ini melalui mekanisme pasaran pekerjaan. Platform seperti ini dapat membantu graduan IPT mencari pekerjaan di samping memberi pendedahan kepada bakal graduan berkaitan hala tuju mereka selepas bergelar graduan kelak. Inisiatif ini juga dilihat mampu mengatasi kadar pengangguran yang semakin meningkat berikutan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

Sejumlah 600 buah booth akan dibuka dan pelbagai aktiviti disediakan termasuk pameran, temuduga terbuka, ceramah kerjaya, ceramah keusahawanan dan klinik kerjaya. Tujuan utama karnival ini adalah untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan daripada organisasi/syarikat yang menyertai karnival ini. Untuk makluman, lebih daripada 10,000 pekerjaan akan ditawarkan semasa karnival tersebut berlangsung.

Semua graduan/pelajar hendaklah berpakaian rasmi/formal bagi mengikuti temuduga yang akan dijalankan di karnival itu nanti. Bakal-bakal guru Fakulti Pendidikan UKM sangat dialu-alukan untuk menghadiri K3G kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi. Sekian, harap maklum.

0 comments:

Post a Comment | Feed

Post a Comment



 

.: Suara MPP FPend Sesi 2009/2010 :. Copyright © 2009