Bangi, 8 Mac-MPP Mahasiswa telah turun ke Tasik Kejuruteraan bersama mahasiswa/i Fakulti Pendidikan untuk menjalankan aktiviti riadhah, mengasah minda melalui modul yang pelbagai di samping mengeratkan silaturrahim.
MPP Thn 1 & 2, Muhamad Faiz Ismail berkata, program ini memberi ruang kepada mahasiswa/i untuk saling kenal-mengenali di samping bertukar pandangan.
"Program ini dilihat mampu menyatukan hati mahasiswa/i yang sedang dalam proses mempersiapkan diri menjadi pendidik cemerlang pada masa akan datang. Saya seru kepada mahasiswa/i supaya tidak mengabaikan kesihatan diri dalam proses menimba ilmu pengetahuan. Badan yang sihat bakal menghasilkan minda yang cerdas," ujarnya lagi.
MPP Thn 1 & 2, Muhamad Faiz Ismail berkata, program ini memberi ruang kepada mahasiswa/i untuk saling kenal-mengenali di samping bertukar pandangan.

0 comments: