Bangi, 27 Feb-Mpp Mahasiswa telah membuat penyerahan memorandum kepada Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof Dr. Mohamad B. Abdul Razak. Hal ini disebabkan oleh aduan pelajar berkaitan konsert hiburan yang semakin berleluasa anjuran kolej kediaman. Justeru, pemantauan dan penguatkuasaan peraturan oleh pihak pentadbiran Universiti wajar dilaksanakan agar jiwa-jiwa mahasiswa/i tidak terus rosak dek hiburan yang melalaikan dan pergaulan bebas yang semakin tidak terkawal.
Memorandum tersebut mengandungi 4 tuntutan iaitu menghalang program-program bercorak negatif dan berunsur hedonisme, menapis dan mengawal artis-artis jemputan yang dibawa masuk oleh pihak penganjur, menguatkuasakan had pergaulan antara lelaki dan perempuan serta menguatkuasakan etika pemakaian UKM.

0 comments: