Tuesday, March 03, 2009

KEBAJIKAN JADI KEUTAMAAN

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

Cheras, 28 Feb-MPP Fakulti Pendidikan bersama-sama dengan MPP Mahasiswa yang lain telah pergi melawat saudari Norihan Bt. Rahim di PPUKM. Beliau merupakan pelajar tahun 3 , Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan. Ziarah pada kali ini merupakan ziarah kali kedua yang telah dibuat oleh MPP Fakulti Pendidikan bersama MPP Mahasiswa yang lain.


Rombongan MPP Mahasiswa berjaya menghulurkan bantuan yang disumbangkan oleh mahasiswa/i UKM kepada Saudari Norihan. Pada minggu yang lalu, MPP Mahasiswa telah menjalankan kutipan derma di beberapa fakulti dan berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM 764.20. Sumbangan itu diserahkan sendiri kepada Saudari Norihan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada para dermawan yang sudi menyumbang.


Menurut saudara Affandi Abdul Rahman selaku MPP Fakulti Pendidikan, isu kebajikan mahasiswa akan menjadi dasar kepada perjuangan kami, tanpa mengira bangsa dan agama. Beliau juga menegaskan bahawa tugas beliau bukan hanya tertumpu dalam ruang lingkup Fakulti Pendidikan sahaja, tetapi ianya akan meliputi seluruh masyarakat kampus tanpa menafikan hak-hak mereka yang telah memberi mandat kepada beliau di Fakulti Pendidikan. Prinsip perjuangan ini bukan hanya dipraktiskan oleh beliau sahaja tetapi ianya digunapakai juga oleh 12 orang MPP Mahasiswa yang lain, katanya. Diharapkan agar saudari Norihan akan cepat sembuh dan diberikan kekuatan oleh ALLAH untuk meneruskan pengajian.. INSYAALLAH...sama-sama kita mendoakannya.

1 Comment:

Unknown said...

Nice Stuff!

Commendable Blog indeed!

Dear Blogger, need your valuable feedback for:

www.octandigital.com

Regards,
Mehta

Post a Comment | Feed

Post a Comment



 

.: Suara MPP FPend Sesi 2009/2010 :. Copyright © 2009