“Pihak kerajaan perlu giatkan usaha menambahbaik sistem pendidikan. Penilaian semula terhadap peperiksaan tersebut amat wajar dan perlu disegerakan,”kata beliau.Selain itu, beliau turut berharap pihak kerajaan mempertimbangkan agar penilaian pencapaian dalam ketiga-tiga peperiksaan awam menekankan aspek akhlak dan moral.
“Ramai pelajar kita yang cemerlang dalam akademik tapi dalam masa yang sama rosak akhlaknya. Kita tak mahu perkara ni berterusan kerana situasi ini mampu menggagalkan usaha melahirkan modal insan seimbang. Jadi, saya sarankan supaya pihak kerajaan mengambil kira disiplin pelajar dalam pelbagai aspek dan tindakan mereka seharian,”tambahnya lagi.
0 comments: