Sungai Buloh, 15 Mei-Kes pertama Infeluenze A (H1N1) atau lebih dikenali sebagai selesema babi telah menggemparkan Malaysia. Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang pelajar berusia 21 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dijangkiti wabak tersebut setelah ujian makmal dilakukan. Pelajar tersebut dipercayai dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu dan mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam. Antara tanda-tanda lain wabak ini ialah batuk, susah bernafas dan sakit kepala.
MPP Fakulti Pendidikan, Muhamad Faiz Ismail yang ditemui berkata, mahasiswa/i perlu peka dengan situasi ini dan segera merujuk kepada klinik dan hospital berdekatan sekiranya mengalami salah satu daripada tanda-tanda jangkitan wabak tersebut. Tindakan segera mampu mengekang jangkitan tersebut daripada terus merebak secara berleluasa kerana wabak Influenza A (H1N1) boleh membawa maut.
"Mahasiswa/i dinasihatkan supaya tidak melawat atau melancong ke negara-negara yang hebat dilanyak wabak selesema babi khususnya Mexico dan Amerika Syarikat. Maklumat tentang cara jangkitan, risiko dan akibat Infeluenza A (H1N1) boleh didapati dengan merujuk kepada doktor di klinik dan hospital. Hubungan dengan orang luar negara juga perlu dikawal bagi mengelakkan wabak ini mudah dijangkiti dan lebih ramai menjadi korban wabak H1N1." tambahnya lagi.
Mahasiswa/i perlu sedar bahawa wabak ini mampu memberi kesan yang negatif seperti melumpuhkan ekonomi negara apabila para pelabur asing tidak berasa selamat dengan situasi di Malaysia di samping mampu mengurangkan kadar pelancong yang datang ke Malaysia. Justeru, sama-samalah kita berdoa dan mangambil langkah pencegahan supaya wabak selesema dapat dikawal dan tidak terus-menerus meragut nyawa penduduk dunia.

0 comments: