Wednesday, April 15, 2009

MPP mengorak langkah untuk membantu OKU

Bangi, 17 April-MPP Fakulti Pendidikan telah membentangkan Laporan Penilaian Infrastruktur Bagi Penambahbaikan Mesra Pelanggan (OKU-Orang Kurang Upaya) untuk keperluan MQA. Majlis anjuran Pusat Pembangunan Akademik tersebut bermula kira-kira jam 3 ptg di Kelab Golf Danau, UKM.

Antara objektif utama projek ini adalah untuk mengenalpasti, menambahbaik dan menyediakan infrastruktur mesra pelanggan di UKM. Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan pengajaran & pembelajaran di UKM selaras dengan keperluan MQA.

Projek ini melibatkan beberapa orang pelajar Fakulti Pendidikan iaitu Muhamad Faiz B. Ismail, Mohd Fadhil B. Mohd Hasbi Tan, Salwana Bt Yusof, Nur Fazleen Bt Ali Nahas, Suhardi B. Jafar, Khairul Anuar B Mat Lazim dan Nur A’ishah Bt Mohd Sa’ad.

"Kebajikan OKU perlu diberi tumpuan yang khusus. Kemudahan yang disediakan kepada mereka nanti diharap tidak menyebabkan golongan normal mengabaikan tanggungjawab untuk sama-sama membantu mereka. Ini persoalan sikap, nak tak nak kita perlu ubah," tegas Saudara Muhamad Faiz.





"Kebajikan OKU Tanggungjawab Bersama"

1 Comment:

Ibnu Zain said...

salam..tahniah kpd mpp kito yg bertungkus lumus jayakan kajian MQA untuk OKU..nc kpd semua..mga ttp dlm perjuangan.heheeh..jgn mudah llucut tali...gud luck 4 our exam..

Post a Comment | Feed

Post a Comment



 

.: Suara MPP FPend Sesi 2009/2010 :. Copyright © 2009