Bangi, 9 April-'Roadtour' MPP Mahasiswa diteruskan lagi ke Fakulti Pendidikan. Mereka beramah mesra, menerima maklum balas serta menerangkan perkembangan semasa kepada mahasiswa/i. MPP Fakulti Pendidikan juga mengucapkan "Selamat Menghadapi Peperiksaan" dan berbesar hati menghadiahkan pen kepada setiap pelajar yang ditemui sebagai tanda galakan kepada pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh musim peperiksaan yang bakal menjelang.
MPP Thn 3 & 4, Affandi Abdul Rahman mengingatkan kepada mahasiswa/i supaya menekankan penghayatan ilmu, bukan sekadar memuntahkan isi pelajaran dalam peperiksaan semata-mata.
"Ilmu perlu dihayati, bukan hanya untuk peperiksaan. Ilmu ibarat lampu suluh, mampu memandu jalan dalam kehidupan sebenar. Sekiranya, ia hilang begitu sahaja sebaik tamat musim peperiksaan, tidak ada gunanya. Jadi, tidak cukup sekadar penghafalan, perlu fokus kepada kefahaman dan pengamalan." ujarnya.
Mahasiswa/i turut membangkitkan pelbagai isu kebajikan dan ianya telah dijawab dan dicatat oleh MPP yang hadir pada ketika itu. Secara keseluruhannya, program ini disambut baik oleh mahasiswa/i Fakulti Pendidikan. Semoga ia dapat diteruskan pada masa akan datang dan hubungan baik antara MPP dan mahasiswa/i dapat dijalinkan dengan begitu erat.

0 comments: