Monday, February 16, 2009

Terima Kasih...Selamat Bekerjasama!

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.


Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua mahasiswa/i Fakulti Pendidikan kerana telah memberi kepercayaan dan mandat kepada kami untuk memikul beban amanah sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM berkuatkuasa 11 Februari 2009 secara rasminya.


Kepimpinan tidak bermaksud pemimpin harus bekerja seorang diri tetapi orang yang dipimpin juga harus bekerjasama dengan pemimpin dalam usaha untuk mencapai matlamat. Oleh itu, kami mohon kerjasama anda semua untuk mengemukakan cadangan, pendapat atau melontarkan kritikan demi manfaat kita bersama.


Segala-galanya memerlukan pengorbanan, iltizam dan semangat muafakat yang cukup kental daripada seluruh warga fakulti. Keintelektualan, kebajikan dan kepimpinan menjadi fokus utama MPP sesi kali ini. Justeru, sama-samalah kita berusaha untuk merealisasikannya.




0 comments:

Post a Comment | Feed

Post a Comment



 

.: Suara MPP FPend Sesi 2009/2010 :. Copyright © 2009